Dalam episod kali ini, kita bincang kenapa menyampaikan ilmu itu wajib dalam Islam, cabaran yang sering dihadapi, dan bagaimana kisah Perang Tabuk dan munafik menjadi pengajaran untuk kita semua. Dengan contoh-contoh realiti dan pengalaman para hos, episod ini mengajak pendengar untuk berani berubah dan beramal.
About the podcast
Jika bukan dengan kitab Allah (Al-Quran), dengan apa lagi yang terbaik kita nak rawat hati? Hidup hari ni penuh rencam,mencorakkan peribadi kita. Baran,sombong,selfish.Tanpa hati yang sejahtera, jiwa akan sentiasa diselubungi pelbagai kesakitan, stress,anxiety,takut,risau,bimbang dan sering kita buntu dan terperangkap, gelap dan tidak jumpa jalan keluar. Akhirnya berputus asa. Jadi bagaimana? Seharusnya diri kita dicorak Al-Quran dan sunnah Nabi agar kita sentiasa selamat jiwa. Tapi bagaimana? Bukan semua orang belajar agama. Caranya, faham apa Dia beritahu,bila faham terus ke hati, jiwa kita dapat berubah.Tindakan kita jadi selari dengan apa yang Al-Quran inginkan. Dengan itu kita menjadi manusia selamat & sejahtera! Bukankah itu yang kau nak?