Mengupas bagaimana tadabbur al-Quran, khususnya Surah al-Dhuha, menawarkan ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi tekanan jiwa. Episod ini membincangkan cara memahami Al-Quran sebagai rawatan hati dan inspirasi perubahan, dengan kisah-kisah Nabi dan masyarakat jahiliah sebagai contoh.
About the podcast
Jika bukan dengan kitab Allah (Al-Quran), dengan apa lagi yang terbaik kita nak rawat hati? Hidup hari ni penuh rencam,mencorakkan peribadi kita. Baran,sombong,selfish.Tanpa hati yang sejahtera, jiwa akan sentiasa diselubungi pelbagai kesakitan, stress,anxiety,takut,risau,bimbang dan sering kita buntu dan terperangkap, gelap dan tidak jumpa jalan keluar. Akhirnya berputus asa. Jadi bagaimana? Seharusnya diri kita dicorak Al-Quran dan sunnah Nabi agar kita sentiasa selamat jiwa. Tapi bagaimana? Bukan semua orang belajar agama. Caranya, faham apa Dia beritahu,bila faham terus ke hati, jiwa kita dapat berubah.Tindakan kita jadi selari dengan apa yang Al-Quran inginkan. Dengan itu kita menjadi manusia selamat & sejahtera! Bukankah itu yang kau nak?